Sudut Renungan.

Assalamualaikum and hello peeps. Aku nak bagi satu cerita lawak ni. Ermm bukan cerita. Cuma dia lebih kurag macam tips. Tapi tips yang ni bukan lawak. Dia berunsurkan nasihat. Jom baca :-


 Tak salah kalau kita menyambut kedatangan 1 Januari,
         Tapi apa salahnya kalau kita juga menyambut kedatangan 1 Muharram.

 Tak salah kalau kita lebih suka menyebut "hello" kepada kengkawan kita,
         Tapi apa salahnya kalau kita menyebut "Assalamualaikum".

 Tak salah kalau kita bekerja kuat dalam urusan dunia,
         Tapi apa salahnya kalau kita cuba seimbang kan dalam urusan akhirat. 


 Tak salah kalau kita memuji kejayaan seseorang manusia,
         Tapi apa salahnya kalau kita ucapkan kesyukuran kepada Allah kerana kejayaan itu
          adalah daripadaNya.

 Tak salah kalau kita nak menonton TV dan buat macam-macam perkara lagi,
         Tapi apa salahnya kalau kita selesaikan tanggungjawab kita menunaikan solot dahulu.

 Tak salah tau nama artis dalam negara mahupun luar negara,
         Tapi apa salahnya kalau kita lebih ambik tau pasal 99 nama Allah dan 25 nama rasul. 

 Okay, dah habis. Hah! Sekarang korang dah tau kan macam mana kita nak seimbangkan perkara yang tak salah dengan perkara yang berfaedah.

No comments: