Tutorial 4 : Border pada Title Post dan Sidebar Title

Assalamualaikum and hello peeps ! Hari ni aku nak ajar korang macam mana nak buat border pada title post and sidebar title. Alaa, kacang jer ni. Kalau korang nak contoh, tengok la title post aku, ada borderkan? Sidebar title pun ada. Cuma beza nya, border title post aku cuma ada kat bawah jer, kalau sidebar title aku semua ada. Kiri, atas, kanan dan bawah. Okay, jom mula :-

1. Login ke blogspot > Template > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates.

2. Cari code di bawah :-

h3.post-title { -untuk Picture Window Template- | .post-title { -untuk Denim Template- | h3.post-title, .comments h4 { -untuk Simple Template-
3.  Dah dapat cari ? Kalau dah, copy code ni pulak :-

border-bottom:  4px solid #00ff00;

4. Dah? Korang pastekan code tu kat bawah code yang korang dah cari tadi tu :-

5. Kalau korang nak setiap sisi post korang tu ada border, korang copy jer code yang saya suruh pastekan tu. Cuma korang kena tukar bottom dia  -right, left, top. Tu jer yang korang mesti ganti dengan bottom tu.-

6. a) Warna biru : Saya dah jelaskan.
b) Warna merah jambu : Tukar dengan bentuk border yang korang  suka -dashed, dotted, solid-
c) Warna kuning : Tukarkan kepada warna border yang korang suka

7. Save dan lihat la hasil nya =)

Ahhhhhh!!!!!!!!!!

Assalamualaikum and hello peeps. Aku takut sekarang ni. Sebab tarikh hari ni ialah 21.12.2012. Ahhhhhh!!!!!!!!!!! Korang ada baca tak post aku yang sebelum ni? Korang cari jer kat blog archive aku. Tajuk dia "YAY!". Aku ada tulis kat post tu pasal tarikh hari ni. Nak tau? Orang putih meramalkan yang pada tarikh hari ni akan berlakunya bencana yang sangat dasyat. Dan bencana yang akan berlaku itu akan membunuh semua makluk yang hidup dalam bumi ni. Kalau korang masih tak boleh nak tangkap, biar aku tangkapkan, bencana yang akan berlaku tu ialah KIAMAT!! Tapi aku dah cakap, Kiamat ni ada kat tangan Allah S.W.T. Saintis orang putih tu cuma meramalkan jer. Belum tentu betul. Errrmmm, tapi kalau betul??? Macam mana ni???? Aku tengok kat luar ni tak der matahari, hujan jer. Tapi aku rasa tenang sikit, sebab aku ada keluarga aku yang bersama dengan aku. Bila tengok dorang ni baik'baik jer, aku pun jadi tenang.

Kalau hari ni tak berlaku nya bencana yang aku katakan tadi tu, korang rasa apa??? Kalau aku, aku terus kata "ALHAMDULILLAH". Kenapa aku cakap Alhamdulilla? Sebab, kita kena bersebab Allah masih bagi kita peluang untuk hidup. Tapikan, aku pun ada dengar yang saintis orang putih meramalkan yang kita akan kembali ke Zaman Bergelap. Tapi selama 3 Hari jer. Iaitu, 23, 24 dan 25 Disember ini. Pak cik'pak cik yang pintar kat negara yang unik cakap yang satu fenomena yang melibatkan matahari akan berlaku. Dan femomena ini akan menjejaskan sistem elektrik kita. Aku pun tak tau apa nak panggil benda tu. Tapi yang penting, semua lampu'lampu yang ada kat bumi ni akan mati. Pak cik pandai tu cakap yang femomena ni pernah berlaku di Brazil ke tu. Entah, tapi femomena ni pernah berlakula. Pak cik pandai cakap, yang kita tak perlu heran. Ihh, ngok betul pak cik pandai ni. Nama jer saintis. Aku tengok, saintis orang puteh kat sana tu, tak takut pun dengan apa yang dorang ramal. Memangla, dah nama nye saintis. Saintis orang puteh ni semuanya tua'tua. Macam profeser la. Tak paham aku.
Okay la. Aku dah lapar ni. Aku nak gih makan luk. Assalamualaikum and bye peeps!

Tutorial 3 : Centerkan post tile and sidebar title

Assalamualaikum and hello peeps! Hari aku nak ajar korang macam mana nak centerkan title post korang tu -Macam aku punya- Okay, jom start :-

1. Login ke blogspot > Template > Edit HTML > Tick Expend Widget Templates

2. Then, korang cari code ni pulak :-

h3.post-title { -untuk Picture Window Template

.post-title { -untuk Denim Template-

h3.post-title, .comments h4 { -untuk Simple Template-

3. Dah dapat? Sekarang korang copy code di bawah. Korang pandai'pandai la ye nak simpan code kat mana :)

text-align: center;
4. Dah? Kalau dah, korang save dan tengokla hasilnya =)

Sidebar Title :-

5. Cari code kat bawah ni :-

h2 { -untuk Picture Window Template-

.sidebar h2 -untuk Denim Template-

h2 { -untuk Simple Template-
6. Dah? Sekarang korang copy code di bawah ni pulak  :-

text-align: center;

7. Dah? Pandai'pandai la korang letak ye.

8. Save and tengok la hasil nya =)

Tutorial 2 : Buat Blockqoute Box

Assalamualaikum and hello peeps. Sekarang adik kecik molek nak buat tutorial macam mana nak buat blockqoute box. Sesiapa yang tak tau apa itu blockqoute, sini saya bagi tau :-

-Hah, in la dia  blockqoute.-

Tapi , kalau korang tak tau macam mana nak blockqoute kan post korang tu, jom saya ajar. Waktu korang tulis post, then korang nak post korang tu dalam blockqoute, korang tekan jer ni :-

Senangkan? Okay, Jom mula :-

1. Login ke blogspot > Template > Edit HTML > Proceed > Tick Expend Widget Templates

2. Cari code di bawah :-

.post-body {
3. Dah jumpa, sekarang korang copy code ni pulak :-

.post blockquote { background-image:url(URL BACKGROUND BLOCKQOUTE); -moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; padding: 6px; Border: 3px dashed  #00cc00; margin:1em 20px; }

4. Dah? Korang pastekan code ni kat atas/sebelum code yang korang cari tadi.

5.  a) Warna hijau : Tukar kepada URL background yang korang suka.
b) Warna merah jambu : Korang boleh tukar dengan bentuk border yang
korang suka ( Solid, Dashed atau Dotted )
c) Warna merah : Korang tukar dengan warna yang korang suka -Warna
border-

6. Save dan tengok la hasilnya =)

Tutorial 1 : Menghilangkan Subcribe To Post Atom

Assalamualaikum and hello peeps. Hari ni aku kongsi kat korang macam mana nak hilang kan subcribe post atom yang sangat buruk tu. Sesiapa yang tak tau apa tu subcribe to post atom, korang check blog korang, yang bawah post korang tu. Jom belajar :-

1. Login ke blogspot > Template > Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget Templates

2. Cari code di bawah :-

<b:include data='feedLinks' name='feedLinksBody'/>

3.  Kalau dah jumpa, korang delete code tu.

4.  Dah? Save dan tengok la hasil nya!

Anak Jiran Aku Lari Rumah

Assalamualaikum and hello peeps. Hari ni ada kejadian yang tak pernah aku sangka akan berlaku. Jiran aku anak dia larikan diri dari rumah. Mungkin anak dia tu tak tahan kot sebab dia selalu kena pukul oleh mak tiri dia. Lagi pun kalau mak tiri dia pukul dorang, mesti ada sebab. Ye lah, dorang tu memang bising -malas aku- Dok rumah orang asyik limpang and ketawa'ketawa jer. Mana tak marah mak dia. Mak dia tengah tidur, kat situ jugak dia ketawa'ketawa. Kalau aku ada anak macam tu, hmmm, mungkin tangan dia tu dah patah kot.

Korang nak tau cerita dia macam mana? Sini aku ceritakan :-
Macam ni, tengah hari tadi, anak jiran aku tengah main'main kat luar rumah. Dorang main lastik'lastik botol. Memang la bising kalau macam tu. Sekali tu, mak tiri bangun then membebel kat dorang. Lepas mak tiri dorang tu puas membebel, dia pun pukul la anak dia tu. Tapi belum sempat mak tiri dia pukul, dorang terus lari kan diri. Dorang  duduk kat tengah panas sebab dorang tak nak masuk kat dalam rumah -takut kena pukul mak tiri dia la-

Lama kemuadia, mak aku suruh aku dengan kakak aku kutip kain yang  dijemur kat luar. Kami pun pegi la kutip -baikkan ^_^- Masa kami tengah pungut kain tu, aku pun cubuk-cubuk la dorang dekat workshop yang ada depan rumah aku tu. Tapi aku nampak dorang tak der. Jadi aku biar kan jer.

Lepas kami siap kutip kain tu, mak aku panggil la dorang tu. Tapi satu antara dua orang tu dah tak der. Satu orang jer yang balik rumah. Mak aku tanya la. Budak tu cakap "Aku pun tak tau, tadi aku pegi tandas. Lepas aku keluar dari tandas tu, aku tengok abang aku dah tak der". Lepas jer berita itu sampai kat telinga bapak dia, bapak dia pun cari la anak dia tu. Sebelum tu, dia soal siasat dulu anak dia. Selepas dia mendapat  sedikit sebanyak maklumat daripada anak dia, dia terus la pegi cari anak dia yang hilang tu.

Tapi dia tak jumpa jugak. Dia kata dia dah cari kat tempat yang selalu anak dia pergi. Tapi dia tak jumpa jugak. Dia dah putus asa. Dia pun duduk la macam orang gila kat dapur rumah dia tu. Dia marah'marah isteri dia. Then isteri dia tu pun cuba la mempertahan kan diri. Bla bla bla bla. Banyak la yang isteri cakap demi mempertahan kan diri dia tu -cehh macam pensyarah pulak aku ni- Sekali tu, bapak dia keluar entah nak pegi mana.

Sampai la malam, budak tu tak balik rumah. Mak aku cakap bapak dia dah jumapa dia. Mak aku cakap lagi yang pak cik tu sengaja jer bohong kat kitaorang yang dia belum jumpa anak dia tu. Huh, memang mengelirukan. Okay la. Ini yang aku nak kongsi dengan korang. Assalamualaikum and bye peeps!

Tutorial 1 : Remove Navbar

Assalamualaikum and hello peeps. Hari ni aku nak buat tutorial. Tapi tutorial ni untuk newbies. Tapi kalau blogger yang tua pun tak tau nak buat, check jer ^_^ Sebab tutorial ni semua orang boleh belajar. Okay la, sekarang ni kita belajar macam mana nak buang Navbar kat blog. Sesiapa yang tak tau apa tu navbar, mari aku bagi tau :-

Hah! Ni la dia navbar. Yang kat atas header kita tu. Hahaha! Okay la jom belajar :-

Login ke blogspot > Designer/Layout

Lepas tu korang edit navbar. And then, korang check yang paling bawah, yang dia cakap 'OFF'. Hah, korang tekan 'OFF' tu.

Dah? Kalau macam tu save dan tengok la hasilnya =)

Freebies 1 : Cute Cursors

Assalamualaikum and hello peeps. Hari ni aku nak bagi blogger newbies cute cursors. Jom tengok :-

-Copy code cursors yang korang nak-

Cantik tak cursors yang aku sumbangkan dekat korang ni? Kalau korang tak puas hati dengan apa yang aku bagi, korang click jer ----> INI

Oyah, kalau korang tak tau macam mana nak letak cursors kat blog korang tu, sini saya ajar :-

Login ke blogspot > Designer > Add a Gadget :-

Lepas korang tekan Add a Gadget, dia akan keluar banyak pilihan. Korang mesti pilih HTML/JavaScript. Than korang paste la code cursors yang korang dah copy tu.

Save and lihat la hasil nya.

Yay!

Assalamualaikum and hello peeps. Yay!! Follower aku makin bertambah!!! Hehe. Inilah usaha oleh budak kecik molek yang selalu blogwalking -aku la tu-. Hahaha. Aku ni dulu memang tak suka nak blogwalking, sebab aku rasa blogwalking ni memang sangat'sangat membosankan dan membuang masa aku. Wahahaha! Tapi selepas melihat hasilnya, blogwalking ni selalu menjadi keutamaan -cehhh- Tapi tak la sampai nak lupa blog sendiri kot. Blogwalking tu cuma kerja sampingan jer. Kalau aku bosan, buat blogwalking la.

Oyah, korang ada dengar tak pasal 21 Disember 2012 dunia akan KIAMAT? OMG!!!. Sekarang dah 18, esok 19, lusa 20, tulat 21. Tinggal 3 hari lagi -tak termasuk hari ni- Tapi aku tak percaya. Hari kiamat ni ada pada tangan Allah S.W.T. Dia sahaja yang tahu bila sesuatu bencana akan berlaku. Kalau hari tu Kiamat, kita tawakal jer la. Tapi aku tak nak dunia kiamat. Aku nak pegi sekolah. Aku nak jumpa kengawan aku. Aku nak minta maaf kat kengkawan aku kalau aku ada buat salah. Aku tak nak masuk neraka. Ya Allah Ya Allah Ya Allah!!! Astagfirullahalazim!

Okay lah, aku nak pegi blogwalking ni. Assalamualaikum and bye peeps!

Adakah korang tak cantik?

Assalamualaikum and hello peeps. Hari ni aku ada satu lawak lagi yang aku nak share. Hahahah. Jom baca :-

Sudah tentu perkara-perkara dibawah ini terjadi kepada segentir orang perempuan. Jangan bersedih walaupun tak cantik kita harus bersyukur dengan pemberian-Nya. Biar rupa tak cantik asalkan hati cantik :-

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/440/440576q8wrax7se2.gif Terpaksa mengurat pakwe, biasanya pakwe yang ngurat makwe.

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/440/440576q8wrax7se2.gif Mendaftar diri dalam ruangan mencari jodoh.

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/440/440576q8wrax7se2.gif Temuduga pramugari, setiausaha selalu ditolak.

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/440/440576q8wrax7se2.gif Promoter kecantikan selalu jadikan korang sasaran.

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/440/440576q8wrax7se2.gif Tanya kat orang pasal kecantikan korang.

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/440/440576q8wrax7se2.gif Orang cakap korang memang tak cantik.

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/440/440576q8wrax7se2.gif Kucing tengok korang pun lari, apa lagi orang.

Fuhh. Dah habis pun. Korang tunggu Lawak yang seterusnya kay?

Wahahaha.

Assalamualaikum and hello peeps. Aku baru jer bangun tidur sekarang ni. Sebenarnya aku masih nak tidur. Tapi jiran aku yang tak tau malu tu buat bising pulak. Tidak ka aku bengang kalau orang ganggu aku tidur. Entah apa yang dorang lucu sangat sampai ketawa macam puntianak. Mungkin kalau dorang lawan dengan puntianak, dorang yang menang. Ye la, dah namanya orang gilerr,  apa-apa pun dia dapat buat kalau dia nak. Nak tau kenapa saya cakap dorang ni jiran yang tak tau malu? Sebab dorang ni memang tak tau malu. Paling aku benci dalam 3 adik-beradik dorang tu, yang tengah . Penyibuk saaaaaaaaaaaaaangat!!!. Ada ke patut waktu mak bapa aku tengah bercerita, dia kat situ pasang telinga. Tak per  kalau dia termasuk sama dalam topik tu. Ni tak. Kat situ jugak dia mengampuk. Malas betul aku kalau orang macam tu tau. Hahaha. Padan dengan muka dorang, mama aku jarang sudah buka TV. Wahaha.  Kalau tu Tv di buka, situ la dorang berlimpangan. Macam SIR pulak. Taik la kalau mau jadi SIR. Tak faedah tau.

Oyah, ada hari tu, aku dengan kakak aku main PS2. Lawan-lawan tu, sekali dorang nampak kami main benda tu, dorang pun ikut duduk kat situ. Nak tak nak, kami kasih main jer la. Then, waktu tu mama aku nak menyapu, aku kemas la PS2 tu. Then aku pun pegi mandi. Terus ambik baju then masuk bilik. Tidur. Tapi kes tu sama dengan kes yang berlaku sekarang ni. Dorang bising sangat. Aku dengar dorang cakap macam ni :

Uisey, pandai ouh saya buat skill tu lelaki. Kau tidak (sambil pukul-pukul abang dia)

Aku tau dia pukul-pukul abang cause saya dengar abang dia cakap " jangan bha Mik, sakit bha tangan aku "  Macam taik ouh Si Amirul tu . Sudah tau tangan abang dia sakit, dia pukul jugak. Memang tak der guna jadi adik kalau macm tu. Tapi time tu aku kasih biar jer dorang buat bising. Tapi lama kelamaan bising dorang makin kuat. Aku pegi la luar dengan rambut aku yang serabut tu. Aku buka pintu then aku tengok si Amirul duduk dekat kerusi tu dengan gaya yang memang kalau korang tengok macam korang nak antak jer budak tu. Aku pun buat la muka serius aku tu. Belum sempat aku nak cakap, dia deluan nak menyampuk :-

Main game lagi kita.

Aku terus cakap :-

Sapa cakap, tu PS2 tu bukan saya punya, tu kakak saya punya ( kakak sulung ).

Aku pun masuk bilik aku. Tapi aku keluar balik then cakap " tolong diam kay "

Okay la, tu jer yang dapat aku kongsi dengan korang kay. Assalamualaikum and bye peeps.

Sudut Renungan.

Assalamualaikum and hello peeps. Aku nak bagi satu cerita lawak ni. Ermm bukan cerita. Cuma dia lebih kurag macam tips. Tapi tips yang ni bukan lawak. Dia berunsurkan nasihat. Jom baca :-

Tak salah kalau kita menyambut kedatangan 1 Januari,
Tapi apa salahnya kalau kita juga menyambut kedatangan 1 Muharram.

Tak salah kalau kita lebih suka menyebut "hello" kepada kengkawan kita,
Tapi apa salahnya kalau kita menyebut "Assalamualaikum".

Tak salah kalau kita bekerja kuat dalam urusan dunia,
Tapi apa salahnya kalau kita cuba seimbang kan dalam urusan akhirat.

Tak salah kalau kita memuji kejayaan seseorang manusia,
Tapi apa salahnya kalau kita ucapkan kesyukuran kepada Allah kerana kejayaan itu
adalah daripadaNya.

Tak salah kalau kita nak menonton TV dan buat macam-macam perkara lagi,
Tapi apa salahnya kalau kita selesaikan tanggungjawab kita menunaikan solot dahulu.

Tak salah tau nama artis dalam negara mahupun luar negara,
Tapi apa salahnya kalau kita lebih ambik tau pasal 99 nama Allah dan 25 nama rasul.

Okay, dah habis. Hah! Sekarang korang dah tau kan macam mana kita nak seimbangkan perkara yang tak salah dengan perkara yang berfaedah.

Siap!

Assalamualaikum dan hello peeps. Huh, akhirnya siap jugak blog aku ni. Hihihi. Cantek tak. Mestilah cantik kan. Blog ni kakak aku yang buat. Tapi freebies dia saya yang buat. Hahaha. Kerjasama yang sangat cantik. Memang cantik. Wahahaha. Penat betul aku nak buat blog ni. Susah sangat. Memang la, kan aku baru jer guna picture window template ni. Mestila susah. Dah la code kat template dia tu banyak. Tak paham aku.

Tapi kalau blogskin aku hafal la lenggok code dia. Dah biasa dah guna blogskin. Cuma saya dah bosan nak guna blogskin tu. Hari-hari tengok blog tu, memang la bosan. Kalau nak edit pun bosan. Hahahah. Tapi kalau jenis template yang ini okay sikit. Walaupun banyak lenggok. Ala, kalau banyak lenggok pastu tak paham pegi jer la tutorial, kan senang.

oh ya, lupa pulak nak bagitau korang, korang follow aku k. Hehehe. Kalau korang follow, aku pun follow korang. Ok la. Assalamualaikum and bye peeps!

Korang nak tengok blog kakak aku tak. Hah, korang click --> INI