Anak Jiran Aku Lari Rumah

Assalamualaikum and hello peeps. Hari ni ada kejadian yang tak pernah aku sangka akan berlaku. Jiran aku anak dia larikan diri dari rumah. Mungkin anak dia tu tak tahan kot sebab dia selalu kena pukul oleh mak tiri dia. Lagi pun kalau mak tiri dia pukul dorang, mesti ada sebab. Ye lah, dorang tu memang bising -malas aku- Dok rumah orang asyik limpang and ketawa'ketawa jer. Mana tak marah mak dia. Mak dia tengah tidur, kat situ jugak dia ketawa'ketawa. Kalau aku ada anak macam tu, hmmm, mungkin tangan dia tu dah patah kot. 

Korang nak tau cerita dia macam mana? Sini aku ceritakan :-
Macam ni, tengah hari tadi, anak jiran aku tengah main'main kat luar rumah. Dorang main lastik'lastik botol. Memang la bising kalau macam tu. Sekali tu, mak tiri bangun then membebel kat dorang. Lepas mak tiri dorang tu puas membebel, dia pun pukul la anak dia tu. Tapi belum sempat mak tiri dia pukul, dorang terus lari kan diri. Dorang  duduk kat tengah panas sebab dorang tak nak masuk kat dalam rumah -takut kena pukul mak tiri dia la- 

Lama kemuadia, mak aku suruh aku dengan kakak aku kutip kain yang  dijemur kat luar. Kami pun pegi la kutip -baikkan ^_^- Masa kami tengah pungut kain tu, aku pun cubuk-cubuk la dorang dekat workshop yang ada depan rumah aku tu. Tapi aku nampak dorang tak der. Jadi aku biar kan jer. 

Lepas kami siap kutip kain tu, mak aku panggil la dorang tu. Tapi satu antara dua orang tu dah tak der. Satu orang jer yang balik rumah. Mak aku tanya la. Budak tu cakap "Aku pun tak tau, tadi aku pegi tandas. Lepas aku keluar dari tandas tu, aku tengok abang aku dah tak der". Lepas jer berita itu sampai kat telinga bapak dia, bapak dia pun cari la anak dia tu. Sebelum tu, dia soal siasat dulu anak dia. Selepas dia mendapat  sedikit sebanyak maklumat daripada anak dia, dia terus la pegi cari anak dia yang hilang tu.

Tapi dia tak jumpa jugak. Dia kata dia dah cari kat tempat yang selalu anak dia pergi. Tapi dia tak jumpa jugak. Dia dah putus asa. Dia pun duduk la macam orang gila kat dapur rumah dia tu. Dia marah'marah isteri dia. Then isteri dia tu pun cuba la mempertahan kan diri. Bla bla bla bla. Banyak la yang isteri cakap demi mempertahan kan diri dia tu -cehh macam pensyarah pulak aku ni- Sekali tu, bapak dia keluar entah nak pegi mana.

Sampai la malam, budak tu tak balik rumah. Mak aku cakap bapak dia dah jumapa dia. Mak aku cakap lagi yang pak cik tu sengaja jer bohong kat kitaorang yang dia belum jumpa anak dia tu. Huh, memang mengelirukan. Okay la. Ini yang aku nak kongsi dengan korang. Assalamualaikum and bye peeps!

No comments: